BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 7, 2008

Kala itu
Aku terpaku di tepi jendela
Mencari ketenangan
Jiwaku kosong
Terlukis di mindaku sebuah kedukaan
Tergambar sebuah memori
Seringkali aku bermain dengan air mata
Aku terdiam sepi

Kala itu
Aku seakan-akan berada di zaman silamku
Kemarahan menjadikan aku takut
resah untuk melihat ke hadapan
Masih terdengar tangisan kanak-kanak itu
tubir mataku semakin berat menampung kenangan lalu
Menanti masa untuk diluahkan
Kenangan itu semakin pudar dalam ingatanku
dibawa pergi bersama-sama laluan angin

Kala itu
Wajah kanak-kanak itu masih kukuh melekat di ingatanku
Masih ku ingat warna-warna luka dibadannya
Namun kanak-kanak itu bijak merahsiakan
Biar luka,biar sengsara
Sanggup ditelan sendiri

Kala itu
aku tersedar daripada lamunanku
ku lihat awan sedang tersenyum memandangku
kelembutan angin membelai wajahku
ketenangan tiba-tiba datang mengetuk kolam hatiku
meredakan suara tangisan dikalbuku yang semakin menggila

Kala itu
Dia hanya ingin mencari sesuatu
Yang mungkin menjadi air kepada kemarahan yang semakin menebal dalam dirinya
Memadam akar dendam
Hanya satu sahaja yang menjadi penawarnya
Hanya satu sahaja yang dapat membekukan perasaan mazmumahnya
Satu perasaan halus yang mungkin sukar dibentuk oleh makhluk diktator
Melalui sinar mata yang lembut
Sesuatu yang mendamaikan
Menenangkan
kasih sayang
Mugkin akan kutemui
Syukran ku lafazkan kepada Nya……



heheh...betul ke salah ek...

0 comments: