Anda stress kerana terlalu banyak tekanan kerja? Mungkin tidak membebankan anda untuk amalkan tip mudah ini bagi menghilangkan rasa stres anda:
Ketawa
Tiada cara yang paling mudah dan berkesan selain daripada ketawa. Ketawa merupakan terapi yang paling berkesan bagi mengurangkan kesan stress pada diri anda. Malah, ketawa juga membuatkan hati anda ledih tenang dan lega. Bukan itu sahaja, melihat anda ketawa juga menyenangkan hati orang di sekeliling anda. Oleh itu, jangan malu untuk ketawa atau sekurang-kurangnya tersenyum.
Doa
Ketika anda stress,kelenjar adrenalin tubuh anda mengeluarkan bahan kimia yang berfungsi meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah serta menurunkan kekebalan tubuh. Doa merupakan satu cara yang berkesan untuk menghilangkan rasa stress dan sekaligus dapat mendekatkan diri kepada Allah.
Doa
Ketika anda stress,kelenjar adrenalin tubuh anda mengeluarkan bahan kimia yang berfungsi meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah serta menurunkan kekebalan tubuh. Doa merupakan satu cara yang berkesan untuk menghilangkan rasa stress dan sekaligus dapat mendekatkan diri kepada Allah.
Warna
Warna biru dapat mengurangkan tekanan .Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia merangsang suasana tenang dan dapat mengurangkan tekanan darah. Carilah gambar pemandangan yang bernunsurkan warna biru dan tempatkan pada kawasan yang mudah dilihat. Bagi yang sering menggunakan computer, mungkin boleh cuba jadikan ia sebagai screen saver anda
Urutan Sendi
Kadangkala, bebanan kerja yang banyak membuatkan otot- otot badan tegang. Menghadap computer seharian juga mungkin boleh mengakibatkan anda pening. Lakukan sendiri urutan pada sendi- sendi anda bermula pada titik- titik akupuntur, sekitar hidung dan di tepi mata bagi mengilangkan rasa letih dan tidak selesa. Rehat seketika dan urut secara lembut sehingga rasa pening dan tidak selesa hilang.
Berjalan
Tubuh badan yang stress membuatkan anda rasa keletihan dan tidak bermaya.Cuba berjalan sekurang- kurangnya selama 10 minit jika anda rasa tubuh badan anda tidak bermaya. Dengan berjalan, anda dapat mengurangkan tekanan pada seluruh bahagian badan ketika bekerja.

0 comments:
Post a Comment