Merupakan teman yang paling memahami ketika diri dalam kesedihan...kelincahannya membuatkan aku gembira...jauh dari kesedihan...seolah-olah memahami kesedihanku
Thursday, October 30, 2008
Posted by AzYu at 1:13 AM 0 comments
emmm..minggu exam yang paling membosankan...huhu..seperti hidup dalam penjara..
Posted by AzYu at 12:20 AM 0 comments
Sunday, October 12, 2008
Posted by AzYu at 11:32 AM 10 comments
Ahhhhh....susah nak tido nie....aku masih lagi duduk di meja study..Cemburunya aku melihat kawanku yang sedang nyeyak tidur...agaknya kalau bom meletup tepi telinga pun tak perasan..kihkihkih..
Posted by AzYu at 11:15 AM 0 comments
Posted by AzYu at 10:33 AM 0 comments
Posted by AzYu at 10:20 AM 0 comments
Penderaan Kanak- kanak
Penganiayaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang di lakukan kepada golongan kanak-kanak dengan tujuan mencederakan. Ini termasuk penderaan kepada bayi yang mampu menyebabkan Sindrom Mengoncang Bayi. Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan sesuatu yang kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi.
Pada masa kini terdapat peningkatan mengenai mangsa dera akibat terdapat mangsa dera yang meninggal. Belum dapat dipastikan samada peningkatan jumlah ini adalah disebabkan peningkatan dalam jumlah kes penderaan kanak-kanak atau akibat meningkatnya kesedaran yang lebih mendalam mengenai penderaan kanak-kanak.
Sebagai contoh, adakah kanak-kanak yang mati akibat kes penderaan pada masa dahulu tidak pernah berlaku, ataupun kes kematian itu gagal dikesan disebabkan mereka yang mengendalikan mayat kanak-kanak tersebut tidak menyiasat kesan pada mayat disebabkan jahil mengenai kes penderaan kanak- kanak
PUNCA PENDERAAN
Penderaan sering berlaku apabila ibu bapa kurang mendapat sokongan sosial seperti mempunyai pendapatan dan pendidikan rendah, apabila suasana persekitaran adalah tidak stabil, apabila ibu merupakan penjaga tunggal, juga apabila tidak adanya tempat penjagaan anak.
Apabila ibu bapa yang pendera "abusive" gagal menggunakan pertimbangan (reasoning) mereka, maka anak-anak tidak dapat menerima "mersapkan" segala peraturan dan undang-undang kerana pertimbangan adalah cara terbaik untuk mengajar sesuatu. Akibatnya anak itu menjadi lebih agresif dan menentang.
Selalunya anak lelaki menjadi mangsa deraan, mungkin kerana anak lelaki dianggap lebih tahan daripada anak perempuan bagi ibu bapa melepaskan kekecewaan mereka.
Kesan daripada penderaan fizikal biasanya mengakibatkan mangsa sukar untuk mempercayai orang dewasa, menjalin persahabatan yang tidak mendalam, dan sering meninggalkan kawan baru jika ia merasakan bahawa ia tidak diterima. Di sekolah pula, mereka merupakan pelajar lemah, kesepian dan tidak mempunyai kawan.
Posted by AzYu at 9:51 AM 0 comments
Petang itu
aku termenung di halaman rumahku
Dipenuhi dengan pokok bunga
Hasil kerajinan ibuku
kewangian bunga itu
menenangkan hatiku
mendamaikan hatiku
menyejukkan pandangan mataku
Bunga
Ikon kepada imej wanita
Amat lembut apabila disentuh
Namun tidak mudah untuk memilikinya
Tidak semua bunga itu sama
Bentuk, warna, bau
Lama aku perhatikan bunga mawar itu
Hanya bunga itu yang menarik perhatianku.....
Posted by AzYu at 3:38 AM 1 comments
Doa
Ketika anda stress,kelenjar adrenalin tubuh anda mengeluarkan bahan kimia yang berfungsi meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah serta menurunkan kekebalan tubuh. Doa merupakan satu cara yang berkesan untuk menghilangkan rasa stress dan sekaligus dapat mendekatkan diri kepada Allah.
Warna
Warna biru dapat mengurangkan tekanan .Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia merangsang suasana tenang dan dapat mengurangkan tekanan darah. Carilah gambar pemandangan yang bernunsurkan warna biru dan tempatkan pada kawasan yang mudah dilihat. Bagi yang sering menggunakan computer, mungkin boleh cuba jadikan ia sebagai screen saver anda
Urutan Sendi
Kadangkala, bebanan kerja yang banyak membuatkan otot- otot badan tegang. Menghadap computer seharian juga mungkin boleh mengakibatkan anda pening. Lakukan sendiri urutan pada sendi- sendi anda bermula pada titik- titik akupuntur, sekitar hidung dan di tepi mata bagi mengilangkan rasa letih dan tidak selesa. Rehat seketika dan urut secara lembut sehingga rasa pening dan tidak selesa hilang.
Berjalan
Tubuh badan yang stress membuatkan anda rasa keletihan dan tidak bermaya.Cuba berjalan sekurang- kurangnya selama 10 minit jika anda rasa tubuh badan anda tidak bermaya. Dengan berjalan, anda dapat mengurangkan tekanan pada seluruh bahagian badan ketika bekerja.
Posted by AzYu at 2:47 AM 0 comments
Tuesday, October 7, 2008
Kala itu
Aku terpaku di tepi jendela
Mencari ketenangan
Jiwaku kosong
Terlukis di mindaku sebuah kedukaan
Tergambar sebuah memori
Seringkali aku bermain dengan air mata
Aku terdiam sepi
Kala itu
Aku seakan-akan berada di zaman silamku
Kemarahan menjadikan aku takut
resah untuk melihat ke hadapan
Masih terdengar tangisan kanak-kanak itu
tubir mataku semakin berat menampung kenangan lalu
Menanti masa untuk diluahkan
Kenangan itu semakin pudar dalam ingatanku
dibawa pergi bersama-sama laluan angin
Kala itu
Wajah kanak-kanak itu masih kukuh melekat di ingatanku
Masih ku ingat warna-warna luka dibadannya
Namun kanak-kanak itu bijak merahsiakan
Biar luka,biar sengsara
Sanggup ditelan sendiri
Kala itu
aku tersedar daripada lamunanku
ku lihat awan sedang tersenyum memandangku
kelembutan angin membelai wajahku
ketenangan tiba-tiba datang mengetuk kolam hatiku
meredakan suara tangisan dikalbuku yang semakin menggila
Kala itu
Dia hanya ingin mencari sesuatu
Yang mungkin menjadi air kepada kemarahan yang semakin menebal dalam dirinya
Memadam akar dendam
Hanya satu sahaja yang menjadi penawarnya
Hanya satu sahaja yang dapat membekukan perasaan mazmumahnya
Satu perasaan halus yang mungkin sukar dibentuk oleh makhluk diktator
Melalui sinar mata yang lembut
Sesuatu yang mendamaikan
Menenangkan
kasih sayang
Mugkin akan kutemui
Syukran ku lafazkan kepada Nya……
heheh...betul ke salah ek...
Posted by AzYu at 10:35 PM 0 comments



