BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 30, 2008

Merupakan teman yang paling memahami ketika diri dalam kesedihan...kelincahannya membuatkan aku gembira...jauh dari kesedihan...seolah-olah memahami kesedihanku

emmm..minggu exam yang paling membosankan...huhu..seperti hidup dalam penjara..

Sunday, October 12, 2008


Sanggupkah seseorang itu melakukan penderaan ke atas bayi yang secomel ini ???????????????????????

Ahhhhh....susah nak tido nie....aku masih lagi duduk di meja study..Cemburunya aku melihat kawanku yang sedang nyeyak tidur...agaknya kalau bom meletup tepi telinga pun tak perasan..kihkihkih..


Deruan air sungai mendamaikan jiwaku...petang itu aku berjalan sendirian tanpa teman melihat keindahan ciptaan Tuhan.Aku sukakan ketenangan yang mendamaikan jiwaku...melembutkan hatiku daripada api dendam..kemarahan yang belum pasti akan diluahkan ...penderitaan yang telah beku jauh di sudut hati..sukar untuk menyalahkan sesiapa...adakah aku yang terlalu sensitif tentang itu.....


Senyum itu indah
senyum itu penawar duka
senyum itu teman ketika sunyi
senyum itu sedekah
senyum itu menenangkan
senyum itu menyejukkan pandangan
senyum itu melawan api dalam hati
senyum itu sedekah
senyum itu membutkan wajah berseri- seri
senyum itu gambaran kedukaan sebuah wajah...

Penderaan Kanak- kanak

Penganiayaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang di lakukan kepada golongan kanak-kanak dengan tujuan mencederakan. Ini termasuk penderaan kepada bayi yang mampu menyebabkan Sindrom Mengoncang Bayi. Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan sesuatu yang kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi.
Pada masa kini terdapat peningkatan mengenai mangsa dera akibat terdapat mangsa dera yang meninggal. Belum dapat dipastikan samada peningkatan jumlah ini adalah disebabkan peningkatan dalam jumlah kes penderaan kanak-kanak atau akibat meningkatnya kesedaran yang lebih mendalam mengenai penderaan kanak-kanak.
Sebagai contoh, adakah kanak-kanak yang mati akibat kes penderaan pada masa dahulu tidak pernah berlaku, ataupun kes kematian itu gagal dikesan disebabkan mereka yang mengendalikan mayat kanak-kanak tersebut tidak menyiasat kesan pada mayat disebabkan jahil mengenai kes penderaan kanak- kanak


PUNCA PENDERAAN

Penderaan sering berlaku apabila ibu bapa kurang mendapat sokongan sosial seperti mempunyai pendapatan dan pendidikan rendah, apabila suasana persekitaran adalah tidak stabil, apabila ibu merupakan penjaga tunggal, juga apabila tidak adanya tempat penjagaan anak.
Apabila ibu bapa yang pendera "abusive" gagal menggunakan pertimbangan (reasoning) mereka, maka anak-anak tidak dapat menerima "mersapkan" segala peraturan dan undang-undang kerana pertimbangan adalah cara terbaik untuk mengajar sesuatu. Akibatnya anak itu menjadi lebih agresif dan menentang.
Selalunya anak lelaki menjadi mangsa deraan, mungkin kerana anak lelaki dianggap lebih tahan daripada anak perempuan bagi ibu bapa melepaskan kekecewaan mereka.
Kesan daripada penderaan fizikal biasanya mengakibatkan mangsa sukar untuk mempercayai orang dewasa, menjalin persahabatan yang tidak mendalam, dan sering meninggalkan kawan baru jika ia merasakan bahawa ia tidak diterima. Di sekolah pula, mereka merupakan pelajar lemah, kesepian dan tidak mempunyai kawan.