BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 23, 2010


berusaha..berusaha...dan terus mencuba untuk membahagiakan orang lain sebelum membahagiakan diri sendiri..tiada yang lebih bernilai yang dapat dibandingkan dengan kasih sayang..keluarga, persahabatan, kekasih..sukar untuk membuatkan seseorang bahagia..bantulah aku Allah..hanya Dia yang mengetahui segala-galanya untuk hambanya..insan yang lemah..insan yang hilang tempat berpaut..hilang sokongannya.. aku rebah dalam ujianNya..aku leka dalam keseronokan yang diciptakan sendiri..tanpa mengenal sesuatu yang lebih bernilai daripada keseronokan itu..bantulah insan yang lemah agar dapat bangun dan hilang dari kesedihan..ya..aku masih ada....Dia, keluarga, dan sahabat tanpa aku rasa lemah..dan tanpa aku sedari...

....hehehe berusaha untuk memotivasikan diri, memujuk diri sendiri dari terus terluka..klo sedih sgt ambik cermin dan renung diri sendiri..huhuhu..kita bukanlah yang terbaik tetapi berusaha untuk menjadi terbaik...

Sunday, February 21, 2010


Ya Allah..bantulah hambamu yang lemah ini..lemah dengan ujianMu..aku tidak mampu untuk mengawal kelemahan ini..hanya mampu dizahirkan dengan tangisan..tiada senyuman yang mampu kuukirkan..damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu..

Wednesday, July 15, 2009

ReNungKanLah...


Suasana malam mmg sesuai utk membaca..walaupun tidk bnyak wktu yg diambil utk membca namun ruangannya ttp ada..cukup sekadar setengh jam..hehehe..mengintai dari blog rakan-rakan hati ini tersentuh dengan suatu hadis...cukup menarik ttpi mempunyai makna yg amat dalam..


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


" Peliharalah wanita itu dengan sebaik-baiknya sebab sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas sekali. Maka jika kamu cuba meluruskannya nescaya ia akan patah dan jika kamu biarkan sahaja maka ia tetap bengkok. Sebab itu peliharalah wanita dengan baik "


(HR. Bukhari dan Muslim)


Makna yg cukup indah... =)





Monday, July 13, 2009

kEtEnAnGaN


umm..Xsemestinya masalah yg kita hadapi boleh membutkan kita buzy..kdng2 bila kita buzyy pown mendtangkan seribu masalah..setiap manusia atas muka bumi ini mempunyai seribu satu masalah...yg membezakan antara masalah yg kita hadapi adalah diri kita sendiri.. mcm mana kita nak menyelesaikannya.. ada yg kalah dan menang...kalah dalam mengawal perasaannya sendiri.. masalah juga mematangkan diri seseorang..menjadi terlalu sensitif dengan setiap perkara yg berlaku di sekitarnya...menjadi terlalu pendiam seolah-olah memikirkan sesuatu..hati pula menjadi beku untuk melihat jauh kehadapan dengan apa yang berlaku kepada diri sendiri.. seseorang yg kurang bermasalah kurang mendatangkan kesan dalam jiwanya..umm jadi jgn cari masalah..carilah ketenangan yg boleh membuatkan hati sihat dan gembira..jadi xda la yg sakit jantung nanti..hahahah

Sunday, March 15, 2009

lAmUnAN pAgiku...


hehehe bgun pagi buka tingkap..

keindhan alam..kehijauan tumbuhan di sekitarnya..

... di situ ada ketengan..ada kedamaian....

ReNungKanLah...


Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.Masih mencari walau ada segalanya.Apa yang tiada dalam syurga?Namun Adam tetap rindukan Hawa.


Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.Untuk diluruskan oleh lelaki.Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.


Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.Didiklah mereka dengan panduan darinya.Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.


Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.


Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabbnya...Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...


Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...Bahkan akan semakin membengkok...Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara....Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...Tapi binalah kepimpinan...Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...Jinakkan diri kepada Allah...Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Friday, March 13, 2009

apy ..birthdy...my luvly abah...


waaaaa..baru seketika tdi aku ucapkan selamat hari lahir bt abah ak...hehehe....yang xboleh lupa, sehari sebelum birthdy dia haaaa siap mesej lagi ingtkan tarikh tersebut..dia nak suh kita ucap la tu...thun lepas leh la jadi org prtama ucp...thun nie jdi yang second hehehe sbb tdi tertido..jga2 dah dekat pukul satu...msti kak ak dah ucap awal2 nih..ish2 rugi2 xnyempat jdi first...